Tuesday 19 May 2015

Resepi : Nasi Ayam Sedap Yang Paling Simple!

Resepi ringkas orang bujang ;)
Bagi sesiapa yang mahukan resepi nasi ayam yang simple, ringkas, mudah dan cepat, boleh la try resepi nie. Dalam bulan-bulan puasa nie amat sesuai bagi suri rumah yang sibuk bekerja, lebih-lebih lagi bagi yang mahu menyediakan juadah berbuka selepas pulang dari kerja.
Nasi Ayam Mudah & Sedap!

* Sukatan dan kuantiti boleh la agak2 untuk beberapa orang makan. - Sukatan di bawah untuk 2-3 orang makan

Bahan Untuk Masak Nasi Ayam:
- Air
- 2 pot Beras
- 1 Pati ayam - Knorr atau Maggi
- Sedikit Minyak Masak - untuk menumis
- 2 Biji Bawang merah
- 1 Biji Bawang Putih
- 2 Biji Bunga Lawang
- 5 Biji Buah pelaga
- 1 Batang Kayu Manis
- 1 Sup Bunjut

Bahan Perap Ayam:
- Sos tiram
- Madu
- Kicap Manis (Kicap Jalin / Kipas Udang)
* Bahan nie boleh agak2 cukup untuk celup & perap ayam.

Bahan Untuk Sambal Cili:
- 2 Biji Cili Besar
- 1 Biji Tomato
- Sedikit Gula
- Secubit Garam
- 1 senduk Air Rebusan Ayam

Bahan Untuk Kuah Sup:
- Ayam Dipotong Dadu
- 1 Sup Bunjut
- 1 Pati ayam - Knorr atau Maggi
- Daun Sup

Bahan ulaman:
- Salad
- Timun - Di Potong Serong Panjang
- Tomato - Dipotong Bulat

Cara Masak Nasi Ayam:
1. Toskan beras, masak nasi seperti biasa - guna periuk electric
2. Masukkan pati ayam dan sup bunjut
3. Isi minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelage, kayu manis sehingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan dan minyak tersebut ke dalam periuk nasi.
5. Gaul rata.
6. Biarkan sehingga nasi masak.

Cara Merebus Ayam:
1. Masukkan air ke dalam periuk. - Saya guna air panas bg cpt masak.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong besar
3. Masukkan sup bunjut dan pati ayam
4. Apabila ayam separuh masak, angkat - Lebihan air rebusan jangan dibuang.

Cara Perap Ayam :
1. Sediakan satu bekas, masukkan sos tiram, kicap manis dan madu ke dalam satu bekas. Gaul rata.
2. Celup dan ratakan ayam yang sudah direbus tadi dengan bahan tersebut.
3. Biarkan seketika (perap ayam) 30 minit - 45 minit. - Lagi lama perap lagi sedap
4. Selepas sudah diperap, boleh digoreng sehingga garing. Pastikan api perlahan bagi mengelakkan ayam hangit.
5. Bila ayam sudah siap di goreng, tuangkan lebihan bahan perap (sos tiram, kicap manis dan madu) tadi ke atas ayam goreng. ~ Sedia untuk dihidang

Cara Buat Kuah Sup:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan sup bunjut, perisa ayam, dan ayam yang di potong kecil tadi.
2. Biarkan ayam masak. Setelah masak taburkan daun sup.

Cara Buat Kuah Cili:
1. Masukkan tomato, cili besar, dan sedikit air rebusan ayam ke dalam blender.
2. Blend sehingga lumat.
3. Sediakan kuali, masukkan bahan yang di bland ke dalam kuali.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Sekiranya terlalu pekat masukkan sedikit air rebusan ke dalam kuali.
6. Masak sehingga kuah pekat dengan menggunakan api perlahan.

~ Akhir sekali boleh la sediakan bahan ulaman.
Apabila semua sudah siap boleh la di hidangkan.

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment